Hanis Nadia selamatkan Johor
DUA jaringan penyerang kebangsaan, Hanis Nadia Onn memastikan Johor memintas ATM sebagai pendahulu Kumpulan B, saingan hoki wanita Piala Razak 2017.
Pada aksi di Stadium Hoki Kuala Lumpur semalam, Johor bangkit daripada ketinggalan menewaskan Melaka 2-1.
Dalam pertemuan itu, Melaka yang memerlukan kemenangan untuk mencerahkan peluang mara ke separuh akhir membuka tirai jaringan menerusi Nur Aisyah Yaacob apabila bijak memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ketujuh.
Tersentak dengan gol awal Melaka, Johor melancarkan serangan bertali arus dan berjaya menggegar jaring lawan menerusi gol Hanis Nadia m-29 dan m-30.
"Saya puas hati dengan komitmen ditunjukkan pemain meskipun mereka lakukan beberapa kesilapan hari ini.
"Apa pun, kami suda bersedia untuk pertemuan terakhir menentang Selangor Rabu ini (esok)," kata jurulatih Johor, Lailin Abu Hassan.
Sementara itu, jurulatih Melaka, Dr Mohd Aras Khamis berkata, mereka tiada pilihan selain perlu menumpaskan ATM esok bagi meneruskan kemaraan ke kelompok empat terbaik.
"Kami tertekan sebaik sahaja Johor memperolehi gol pertama. Tempo pantas permainan juga menjadi punca pemain saya keletihan.
"Sekarang kami wajib meraih tiga mata apabila bertemu ATM nanti untuk mara ke separuh akhir," katanya

Post a Comment