HMETRO : Bukan penamat Rashid
KEGAGALAN Rashid Baharom terpilih dalam senarai 24 pelatih Program Podium bukan penamat kepada kariernya, sebaliknya penyerang yang terkenal dengan corak permainan berani itu masih berpeluang merebut semula tempat dalam skuad kebangsaan.
Demikian pendapat ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen yang mengakui pintu pasukan sentiasa terbuka untuk penyerang kelahiran Pulau Pinang itu, tetapi dengan syarat dia perlu kembali ke tahap sebenar.
“Hasil perbincangan bersama Terry Walsh (pengarah teknikal Konfederasi Hoki Malaysia), kami putuskan untuk tidak menyenaraikannya.
“Tetapi saya sudah memberitahu kepada Rashid, ia bukan penamat kepada kariernya. Jika dia beraksi cemerlang pada saingan Liga Hoki Malaysia (LHM), tidak mustahil saya panggilnya semula.
“Seperti saya cakap sebelum ini saya akan terus memantau prestasi pemain di setiap kejohanan dan penilaian terhadap prestasi pemain akan dibuat dari masa ke semasa, tetapi buat masa ini, itulah keputusan yang kami putuskan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Rashid, 25, muncul satu-satunya pemain senior yang tidak terpilih untuk diserap ke dalam senarai 24 pemain bagi Program Podium dalam pengumuman yang dibuat Institut Sukan Negara (ISN), hari ini.
Lebih mengecewakan, penyerang yang mula membuat penampilan senior pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland itu juga diketepikan dalam senarai empat pemain tambahan bagi melengkapkan 28 pelatih kebangsaan.
Ia adalah kali pertama dalam tempoh tiga tahun Rashid gagal menempatkan diri dalam kem latihan negara ketika pemain muda seperti Norsyafiq Sumantri, Syed Syafiq Syed Cholan dan Amirol Aideed berjaya memikat hati Stephen.
Tetapi pengendali berusia 58 tahun itu berharap Rashid yang juga bekas tonggak skuad Projek 2013 mengambil kegagalan ini sebagai cabaran untuk kembali merebut tempat selepas ini.
“Buat masa ini, barisan 28 pelatih ini adalah yang terbaik kita miliki. Siapa beraksi baik dia terpilih dan sebaliknya jika gagal berada di tahap terbaik.
“Apapun, Rashid perlu terus bekerja keras untuk merebut semula tempat. Ini kerana pemilihan sentiasa berjalan, bukan hanya prestasi diambil kira tetapi juga karakter dan sikap pemain itu sendiri.”
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 8:10 PM

Post a Comment