HMetro : Van Huizen sudah punyai senarai pemain
STEPHEN Van Huizen (gambar) mengesahkan sudah mempunyai senarai 24 pemain yang akan diserapkan ke dalam Program Podium untuk dibentangkan kepada Institut Sukan Negara (ISN), esok.
Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara itu mengakui memohon penambahan kuota empat lagi pemain kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk menjadikan keseluruhan 28 pemain.
Status untuk tambahan empat pemain itu bagaimanapun belum diketahui kerana ia memerlukan perbincangan antara MHC dan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam konteks pembayaran elaun kerana mereka tidak berada dalam program elit ISN itu.
“Buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan senarai 24 pemain terbabit, kena tunggu selepas mesyuarat bersama ISN dan sekiranya diberi kebenaran oleh MHC, saya akan umum.
“Tetapi saya tidak menolak kemungkinan 28 pemain akan mengikuti latihan kem negara dengan saya sudah memohon tambahan empat pemain daripada persatuan,” kata Stephen ketika dihubungi sebentar tadi.
Daripada 28 pemain yang dipanggil Stephen kali ini, 24 pemain bagi Program Podium majoritinya terdiri pemain muka lama dengan setakat ini hanya penyerang Rashid Baharom difahamkan tidak akan diserap ke dalam program elit itu.
Mengulas mengenai hasratnya untuk menyenaraikan 28 pemain untuk kem latihan negara, pengendali berusia 58 tahun itu mempunyai alasannya tersendiri.
“Jika kita imbas semula di awal pelantikan saya pada 2015, kita ada sehingga 40 pemain iaitu 25 pemain skuad senior dan 15 skuad pembangunan, kemudian apabila latihan memasuki fasa ketiga ia berkurangan kepada 25 pemain senior dan 15 pembangunan.
“Bagaimanapun, untuk Piala Asia saya memanggil semula 23 pemain di samping lima pemain percubaan dan saya merasakan jumlah 28 pemain paling ideal buat kami untuk menjalani latihan.”
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 4:26 PM

Post a Comment