KOSMO - ATM tidak mengaku kalah awal
JUARA bertahan, skuad hoki wanita Pahang dianggap sudah ‘sebelah kaki’ melangkah ke pentas final Piala Tun Abdul Razak musim ini berbanding lawan mereka pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Kuala Lumpur hari ini iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bagaimanapun, ketua pasukan ATM, Juliani Mohamad Din tidak rela dia dan rakan-rakan sepasukannya mengibarkan bendera putih terlalu awal sebelum turun berentap kerana mereka adalah pasukan naib juara tahun lalu.
Juliani yang juga tonggak skuad kebangsaan, turut melaungkan amaran terhadap Pahang bahawa ATM tidak akan tewas mudah seperti kekalahan 0-4 sewaktu edisi final tahun lalu.
“Atas kertas memang tidak dinafikan Pahang cukup kuat dan merupakan pasukan pilihan. Mereka boleh dikatakan sebuah pasukan yang sempurna pada setiap bahagian.
“Namun, ia tidak bermakna ATM akan kalah kerana setiap pasukan mempunyai kelebihan tersendiri termasuk kami sendiri. Kami akan memberikan tentangan sengit esok (hari ini).
“Peristiwa kalah besar tahun lalu mungkin tidak akan berulang lagi. Saya harap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan aksi paling baik menentang Pahang esok (hari ini),” katanya kepada Kosmo! semalam.
Dalam perkembangan sama, Juliani juga berharap dapat menewaskan Pahang sekali gus menjadi hadiah hari lahir terbaik buat dirinya yang genap usia 32 tahun semalam.
“Sudah tentu ia hadiah paling bermakna. Saya akan memberikan prestasi sehabis baik agar kemenangan menjadi milik ATM,” jelasnya.
Pahang mara ke pentas separuh akhir sebagai juara Kumpulan A dengan rekod bersih empat kemenangan berturut-turut, manakala ATM ialah naib juara Kumpulan B.
Satu lagi aksi separuh akhir berlangsung hari ini menyaksikan juara Kumpulan B, Selangor akan membuat perhitungan dengan naib johan Kumpulan A, Kuala Lumpur.

Post a Comment