KOSMO : Kasih Fitri buat anak tersayang
KASIH ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah yang boleh digambarkan terhadap pengorbanan pemain hoki negara, Mohd. Fitri Saari apabila sanggup berkelana ke Oman selama sebulan kerana untuk mencari wang bagi membiayai perubatan anaknya, Muhammad Adam Zafran yang berdepan masalah paru-paru.
Fitri, 24, tidak kisah meskipun terpaksa berjauhan daripada keluarga kerana mahu memastikan perbelanjaan rawatan anaknya berjalan lancar, sekali gus memastikan bayinya yang masih ditahan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Serdang kembali sihat.
‘Arkitek’ bahagian tengah skuad hoki negara itu menjelaskan, faktor utama dia membuat keputusan menyarung jersi kelab Oman dan beraksi dalam saingan liga kebangsaan negara itu adalah disebabkan tawaran bernilai RM10,000 selain dikatakan mendapat bonus kira-kira RM3,000 jika berjaya membantu Al Seeb merangkul kejuaraan.
Bintang Pasukan Hoki Terengganu itu sedar bahawa taraf liga Oman, No. 33 dunia, lebih rendah jika dibandingkan dengan kualiti arena hoki tempatan, namun demi memastikan anaknya sihat, Fitri sanggup beraksi untuk kelab Al Seeb.
“Setakat ini (doktor) sudah mencucuk tiga dos Synagis untuk menguatkan paru-paru anak saya. Harga satu dos RM3,800 dan sekarang nilai keseluruhan RM11,600. Itu tidak termasuk yang lain-lain lagi.
“Disebabkan itu, saya akan berlepas ke Oman pada Sabtu ini. Saya ke sana kerana mahu mencari wang bagi menampung kos rawatan anak. Saya cuma dapat RM10,000 tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit bebanan saya.
“Mungkin saya akan cuba dapatkan bantuan zakat. Saya sangat menghargai dan bersyukur sekiranya ada mana-mana pihak sudi tampil menghulurkan bantuan kepada saya,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Adam Zafran yang berusia dalam lingkungan enam bulan terpaksa ditahan di NICU, Hospital Serdang yang kini sudah melebihi empat bulan kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Fitri sebelum ini terpaksa meninggalkan tugasannya bersama skuad negara ketika berjuang menghadapi saingan Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh selepas anaknya dikatakan berada dalam keadaan tenat bulan lalu.
Selepas anaknya berada dalam keadaan stabil, Fitri ‘terbang’ semula ke Dhaka bagi membantu rakan-rakan sepasukannya meraih naib juara Piala Asia 2017.

Post a Comment