KOSMO : Skuad hoki lelaki sahut cabaran
SKUAD hoki lelaki negara akan cuba sedaya upaya untuk mara ke pentas separuh akhir meskipun dilihat berdepan cabaran sukar pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bermula April tahun depan.
Berdasarkan undian semalam, Malaysian Tigers berada dalam Kumpulan B bersama pasukan No. 6 dunia yang juga gergasi Asia, India, England (No. 7), Pakistan (No. 13) dan Wales (No. 24).
Ketua jurulatih skuad negara, Stephen Van Huizen tetap menganggap tentangan sengit bakal dihadapi anak-anak buahnya walaupun tidak diundi bersama-sama dua pasukan pilihan daripada Kumpulan A iaitu Australia (No. 2) dan New Zealand (No. 8).
“India sentiasa menjadi pasukan yang sukar dan mempunyai kedudukan ranking dunia lebih baik berbanding Malaysia (No. 14 dunia). Malah, kita juga tidak mempunyai rekod baik menentang England, satu lagi pasukan ranking lebih tinggi.
“Walaupun ranking Malaysia lebih baik, namun Pakistan sentiasa memberikan tentangan sengit kepada kami. Jadi, kami tidak boleh anggap Pakistan pasukan mudah, sama seperti Wales.
“Namun, kami akan mencuba sedaya upaya untuk meraih kedudukan dua terbaik agar boleh bermain pada separuh akhir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selain Australia dan New Zealand, turut diundi dalam Kumpulan A ialah pasukan No. 11 dunia, Kanada, Afrika Selatan (No. 15) dan Scotland (No. 23).
Berdasarkan rekod, Malaysian Tigers memiliki pencapaian baik menentang India apabila mencatat dua kemenangan dan satu kekalahan dalam tiga pertemuan tahun ini.
Skuad negara menewaskan India 1-0 sewaktu Piala Sultan Azlan Shah (April) dan menang 3-2 ketika suku akhir kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London (Jun) sebelum kalah 1-2 pada final Piala Asia di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini.
Malaysian Tigers mempunyai rekod tidak baik menentang England selepas dibelasah 7-2 (Separuh Akhir WHL 2017 di London), namun cemerlang menewaskan Pakistan 3-2 pada saingan Piala Asia.
Sebagai rekod, Malaysian Tigers meraih tempat ketujuh pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dengan pencapaian terbaik adalah pingat perak sewaktu edisi 1998 di Kuala Lumpur.

Post a Comment