PIALA RAZAK 2017 : PEMAIN TERMUDA KEJOHANANAN
Muhammad Fariz Harizan merupakan pemain termuda di Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak kali ke 55 yang sedang berlangsung di Ipoh sekarang ini.
Pemain muda Pulau Pinang ini akan mencecah 15 tahun pada 27 November menjadi pemain termuda (14 tahun 11 bulan) yang beraksi mengatasi seorang lagi pemain muda dari Johor yang berusia 15 tahun 9 bulan.
Pada mulanya nama beliau tidak berada didalam senarai rasmi pemain yang dikongsikan sebelum ini. Dengan itu senarai tersebut secara tidak langsung meletakkan pengaja gol Yogen Pillai Rajoo sebagai pemain termuda skuad Pulau Pinang.
Selepas semakan dibuat pada laman web kejohanan MHC dan disahkan oleh pengurus pasukan Penang ada pertukaran pemain yang dibuat sewaktu mesyuarat pengurusan diadakan.
Kami difahamkan pemain remaja kebangsaan Muhammad Haffizuddin Zaidi tidak berada dalam senarai akhir pemain kerana bakal menduduki peperiksaan pra U.
Kami mohon maaf atas sedikit kesilapan pada posting di facebook page kami
admin
penanghockeyfan@gmail.com
facebook.com/penanghockeyfans
twitter.com/penanghockeyfan
penanghockeyfans.blogspot.my

Post a Comment