PIALA TNB TUN ABDUL RAZAK (W) 2017



Kejohanan kali ke 2 PIALA TNB TUN ABDUL RAZAK (W) akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Hanya 9 pasukan yang menyertai kejohanan ini termasuk ATM dan Indonesia. 

Selain dari Sabah dan Sarawak,beberapa negeri lain juga tidak mengambil bahagian termasuklah pasukan Pulau Pinang.

Sebenarnya agak malang juga bila Pulau Pinang tidak menghantar pasukan kerana kita mempunyai beberapa pemain yang boleh menjadi inspirasi kepada pemain muda seperti ketua pasukan Malaysia, Siti Nur Amarina.

Harapan kami agar pihak persatuan mempunyai sebab yang kukuh untuk tidak menyertai kejohanan ini walaupun bagi kami ianya satu peluang terbaik untuk para pemain muda mendapat pendedahan terutamanya untuk persiapan SUKMA tahun hadapan.

No comments

Powered by Blogger.