SH : Selangor hampiri separuh akhir
SELANGOR kian menghampiri separuh akhir kejohanan hoki wanita Piala Razak 2017 selepas mengalahkan ATM 2-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Hoki Kuala Lumpur, semalam.
Namun, kemenangan diraih anak buah Ikmar Abdul Jabar tidak mudah diperolehi apabila ketinggalan 1-0 selepas gawang mereka ditembusi minit ke-26 menerusi pemain kebangsaan, Siti Rahmah Othman.
Tersentak dengan gol pendahuluan ATM, Selangor kembali mengatur rentak dan berjaya mendapat gol penyamaan menerusi Fatin Shafikah Mohd Sukri yang menyudahkan penalti stroke m-38.
Raja Norsharina Raja Shabuddin memastikan Selangor memperolehi tiga mata apabila menyumbat gol kedua Selangor menerusi pukulan sudut penalti m-39.
"Kemenangan ini amat bermakna kepada kami. Apa pun, saya harus memberikan pujian kepada pemain kerana mereka tidak berputus asa sebaliknya bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk memenangi perlawanan ini," Ikmar.
Selangor yang terikat 1-1 dengan Melaka Ahad lalu kini mengumpul empat mata untuk mendominasi saingan peringkat kumpulan.

Post a Comment