UO : Program Podium umum 24 pemain skuad hoki
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Debaran skuad hoki negara bagi membantu kontinjen Malaysia dalam kempen Sukan Asia 2018 di Indonesia bagi meraih kedudukan kelompok 10 terbaik kini mula dirasai apabila pihak Program Podium mengumumkan nama 24 pemain yang terpilih, hari ini sekali gus mencatat jumlah atlet teramai disenarai ketika ini.
Kebanyakan daripada pemain yang diumumkan oleh Program Podium itu adalah antara mereka yang membantu Malaysia meraih tempat kedua dalam kempen Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh, Oktober lalu.
Dalam senarai tersebut turut menyaksikan penyerang, Firhan Ashari kembali semula ke pangkuan pasukan kebangsaan selepas tidak beraksi dalam dua kejohanan utama baru-baru ini iaitu Sukan SEA 2017 dan Piala Asia 2017 berikutan masalah kecederaan.
Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Stephen Van Huizen berkata, semua 24 pemain tersebut adalah antara mereka yang terbaik sekali gus berharap nama-nama terpilih mengalas tanggungjawab dengan sebaiknya selain memanfaatkan peluang diberikan.
“Ini adalah nama yang telah diberikan oleh pihak kami dan mereka Program Podium telah menerima semua 24 pemain tersebut.
“Semua 24 pemain itu sudah berada dalam kem latihan skuad kebangsaan sebelum ini malah mereka juga akan mengalas tugas untuk pelbagai kejohanan besar pada tahun depan.
“Sekiranya ada dalam kalangan mereka mengalami kecederaan sepanjang tempoh berada dalam Program Podium, pemain berkenaan akan diberikan rawatan oleh pakar-pakar sehingga pulih kembali dan bukannya disingkirkan dengan begitu mudah,” katanya ketika ditemui pemberita di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, hari ini.
Dalam pada itu, Stephen turut memberitahu ada empat lagi tambahan pemain disenaraikan oleh skuad kebangsaan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan 24 pemain Program Podium sedia ada.
Bagaimanapun elaun empat pemain tambahan tersebut tidak dibayar oleh pihak Program Podium cuma akan mengikuti latihan dan kejohanan yang sama sahaja.
“Empat pemain tambahan tersebut ialah Sufi Ismat Rohulamin (tengah), Najib Abu Hassan (pertahanan), Ashran Hamsani (tengah) dan Luqman Nul Hakim Ahmad Syukran (tengah).
“Ada antara mereka dipanggil semula dan saya harap peluang diberikan untuk berada dalam senarai tambahan empat pemain tersebut dimanfaatkan dengan baik,” kata Stephen.
Program Podium akan memulakan segala perancangan mereka pada 1 Januari 2018 dengan tumpuan diberikan kepada dua temasya besar tahun depan iaitu Sukan Komanwel 2018 dan Sukan Asia 2018. - UTUSAN ONLINE
Senarai 24 pemain skuad hoki dalam Program Podium 2018
Penjaga gol
S.KUMAR
HAFIZUDDIN OTHMAN
MOHAMAD HAIRI ABD. RAHMAN
Pertahanan
RAZIE ABD. RAHIM
MOHAMAD SUKRI ABDUL MUTALIB
IZAD HAKIMI JAMALUDDIN
SYED MOHAMAD SYAFIQ SYED CHOLAN
MUHAMMAD NAJMI FAIZAL JAZLAN
FAIZ HELMI JALIL
Tengah
MEOR MUHAMAD AZUAN HASAN
MOHD. FITRI SAARI
MUHAMMAD MARHAN MOHD. JALIL
NABIL FIQRI MOHD. NOOR
JOEL SAMUEL VAN HUIZEN
MUHAMMAD AZRI HASSAN
MUHAMAMD AMIROL AIDEED MOHD. ARSHAD
Penyerang
FIRHAN ASHARI
FAIZAL SAARI
MUHAMMAD HAZIQ SAMSUL
TENGKU AHMAD TAJUDDIN TENGKU ABDUL JALIL
NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI
MUHAMMAD SHAHRIL SAABAH
RAMADAN ROSLI
NOR SYAFIQ SUMANTRI

Post a Comment