BH : Perlis berdepan laluan sukar hoki B1-4 TNB-1Mas
KUALA LUMPUR: Perlis tewas 0-3 kepada pasukan pilihan Perak dalam aksi separuh akhir Kejohanan Hoki Bawah 14 tahun (B-14) TNB-1Mas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, dekat sini, petang tadi.
Keputusan itu sekali gus meletakkan pasukan dari Utara Semenanjung ini berada dalam kedudukan sukar untuk melangkah ke final dalam pertandingan yang menggunakan format XY itu.
Perlis kini wajib melakar kemenangan apabila menentang Kuala Lumpur esok dan perlawanan berkenaan akan menjadi penentu untuk melangkah ke pentas final buat kali pertama dalam sejarah mereka.
"Insya Allah, Perlis akan bangkit. Kita tidak mempunyai apa-apa yang dibimbangkan kerana apabila memasuki peringkat XY ini, mana-mana pasukan tidak mempunyai beza," kata pembimbing Perlis, Nazrin Saidon selepas perlawanan.
"Di atas kertas ia tampak seimbang. Kita pernah berjumpa Kuala Lumpur sebelum ini dan pasukan meraih kemenangan. Jadi ia mungkin bukan satu masalah. Biarpun Kuala Lumpur selaku tuan rumah, kami akan bangkit."
Dalam perlawanan itu, ketiga-tiga gol Perak dijaringkan menerusi pukulan sudut penalti dengan jaringan pembukaan perlawanan diperoleh menerusi Aiman Safwan Abdullah pada minit ke-21.
Kapten pasukan, Mohammad Haikal Azeem Rozainii meledak dua gol masing-masing pada minit ke-25 dan 37.
"Kami mempunyai masalah daripada sudut taktikal pasukan. Apabila Perak bermain laju, kami terlampau menghormati pihak lawan dan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya," kata Nazrin.
"Kekuatan Perak adalah pukulan sudut penalti dan mereka mengambil kesempatan itu. Tiga jaringan dilakukan mereka adalah daripada pukulan sudut penalti. Kami mempunyai peluang tetapi tidak mengambilnya dengan baik. Jadi siapa yang berjaya mengambil peluang dengan baik, mereka akan menang.
"Perlis kali pertama memasuki peringkat XY, itu adalah sasaran kami dan apabila berada dalam peringkat ini, perasaan gugup itu muncul. Kami juga terlampau menghormati lawan terutamanya Perak yang amat dikenali kehebatannya di Malaysia," .
INFO
Jadual Esok:
LELAKI -
Kedah mln Sarawak (penentuan tempat ke-13/15), 7pg
Terengganu mln Singapura (penentuan tempat ke-10/12), 8.30pg
Negeri Sembilan mln Selangor (penentuan tempat ke-7/9), 4ptg
Perlis mln Kuala Lumpur (Kumpulan X), 5.30ptg
Sabah mln Johor (Kumpulan Y), 8mlm
*Semua perlawanan diadakan di Stadium Bukit Jalil
PEREMPUAN -
Negeri Sembilan mln Sarawak (penentuan tempat ke-10/12), 7.30pg
Perak mln Johor (penentuan tempat ke-7/9), 9pg
Kuala Lumpur mln Terengganu (Kumpulan X), 3ptg
Pahang mln Selangor (Kumpulan Y), 4.30ptg

Post a Comment