BH : Saya yakin tak bersalah - S Kumar
KUALA LUMPUR: "Saya yakin tak bersalah, jadi tak nak buang masa dengan mengambil sampel B."
Demikian pendirian penjaga gol utama skuad hoki negara, S Kumar yang mengambil keputusan untuk tidak mencabar ujian sampel A, sebaliknya mahu terus melalui proses pendengaran untuk membela diri selepas didapati positif ujian doping kerana menggunakan bahan terlarang sibutramine oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) pada kejohanan Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lalu.
Jelas pemain berusia 38 tahun itu, dia tidak mahu membuang masa, sebaliknya lebih bersedia untuk membela dirinya pada sesi pendengaran yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
"Saya terima keputusan FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa). Daripada membuang masa meminta sampel B yang mana ujian air kencing adalah sama, lebih baik saya terima keputusan ini dan hadir pada sesi pendengaran untuk mendapatkan keputusan lebih baik.
"Ini kerana saya yakin tak pernah buat perkara seperti ini. Saya mahukan keputusan yang cepat sebab kalau lambat lagi banyak masalah yang akan dihadapi.
"Lebih cepat keputusan dibuat, mungkin saya boleh kembali bersama skuad negara secepat mungkin," katanya pada sidang media hari ini.
Ketika ini, Kumar akan digantung sementara daripada terbabit dengan sebarang aktiviti hoki selama dua tahun.
Jelas Kumar lagi, pada awalnya dia sememangnya terkejut apabila menerima berita dirinya positif ujian doping.
"Saya rasa hampir kebanyakan kejohanan yang saya pergi, saya akan diminta menjalani ujian doping.
"Malah ketika saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, Jun lalu, saya bukan saja perlu melalui ujian air kencing, malah ujian darah juga.
"Sebab itu saya hadir di Bangladesh dengan keyakinan tinggi dan langsung tidak ada perasaan takut sebab tahu tak ambil semua bahan terlarang itu.
"Selama ini saya beraksi dengan keyakinan diri sendiri. Sebab itu apabila dimaklumkan positif kali ini, saya rasa pelik dan terkejut," katanya.
Tegas Kumar, dia tidak pernah mengambil sebarang makanan tambahan selain yang disediakan Institut Sukan Negara (ISN).
"Lagipun tak guna saya ambil bahan makanan yang akan membahayakan kesihatan sendiri," katanya.

Post a Comment