HMETRO : Bisa tubuh kecil Zulaika

Kuala Lumpur: Memiliki susuk tubuh kecil bukan alasan untuk penyerang Pahang, Siti Zulaika Hussin menyahut cabaran sekiranya terpilih menyertai senarai 26 pelatih kem latihan pusat hoki wanita negara.

Pemain berusia 16 tahun itu kini dianggap sebagai antara pemain yang mungkin dipanggil Dhaarma Raj Abdullah dalam usaha ketua jurulatih Malaysian Tigress itu untuk menampilkan ramai pemain muda dalam pasukannya.

Selainnya, tiga lagi pemain turut berada dalam radar antaranya dua pemain Selangor, Nor Atira Mohammad Ismail, 16, dan Dayang Nuramirah Abang Mahadini, 16, serta penjaga gol Perak, Ain Nur Nasiha Yahaya, 18.

“Sekiranya diberikan peluang, memang saya nak sertai latihan dengan skuad kebangsaan kerana ia menjadi impian saya selama ini.

“Saya mahu buktikan kepada semua, tubuh kecil bukan penghalang untuk saya berjaya, malah ayah saya sendiri pernah mencabar saya untuk jadi pemain negara,” katanya yang mempunyai ketinggian 148 sentimeter.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 5:45 AM

No comments

Powered by Blogger.