HMetro : Malaysian Tigers tagih pengalaman Roslan
PENGALAMAN dimiliki bekas penjaga gol utama negara, Roslan Jamaluddin amat ditagih oleh skuad hoki kebangsaan selepas terpaksa melupakan sementara khidmat S Kumar yang terbabit dengan isu doping.
Menurut bekas penyerang negara, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi, Konfederasi Hoki Malaysia perlu memujuk Roslan, 38, untuk keluar daripada persaraan ketika dua penjaga gol - Mohd Hafizuddin Othman dan Hairi Abdul Rahman - disifatkan masih ‘mentah’ untuk memikul tugas itu.
“Memang sukar (tanpa Kumar), di luar sana memang ramai yang mengatakan inilah masanya untuk Hafizuddin dan Hairi membuktikan kemampuan tetapi kita sedia maklum tahap mereka belum sampai di bawah Kumar.
“Jadi, untuk menggantikan Kumar dengan segera, saya rasa memang sukar kerana mereka perlukan sedikit masa lagi.
“Sekarang ini terpulang pada MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) sama ada mahu menggunakan pilihan untuk memanggil semula Roslan, tetapi ia sesuatu yang bagus untuk kembali memanggilnya,” kata Rodzhanizam yang pernah beraksi di Piala Dunia 2002.
Kumar, 38, yang sudah beraksi hampir 19 tahun buat negara, buat kali pertama disahkan positif doping bahan terlarang sibutramine oleh Agensi Anti-doping Dunia (WADA) pada 12 Disember lalu.
Dan sudah semestinya isu berkenaan memaksa dia untuk berehat seketika dengan bekas penjaga gol terbaik Asia itu kini sedang menunggu untuk proses pendengaran oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Apapun, Rodzhanizam yang lebih dikenali sebagai Rod percaya Roslan yang memilih untuk bersara sebaik berakhir kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2015 di Belgium tidak berdepan masalah untuk mencapai tahap terbaik andai dipanggil semula.
“Roslan masih aktif di peringkat liga dan belum menggantung ‘padding’ sepenuhnya, mungkin dia tidak secergas dulu, tetapi saya yakin dia masih boleh menampilkan aksi terbaik.
“Pada masa sama, jurulatih (Stephen Van Huizen) juga boleh menggilirkan Roslan dengan Hafizuddin mahupun Hairi supaya tiada tekanan yang terlalu tinggi diletakkan ke atas kedua-dua penjaga gol muda itu,” katanya.
Meskipun sudah tiga tahun diserap ke skuad senior negara, Hafizuddin sering dibayangi Kumar dan ia terbukti apabila sepanjang tahun ini dia hanya diturunkan sebagai penjaga gawang utama pada dua kejohanan yang kurang kompetitif - Sukan SEA 2017 dan Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka.
Sebaliknya, Kumar menjadi pilihan pada kejohanan utama seperti Piala Sultan Azlan Shah, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London dan Piala Asia di Dhaka ketika Hafizuddin hanya diturunkan sekali dalam setiap kejohanan terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2017 @ 8:20 PM

Post a Comment