SH : Kuala Muda juara hoki TNB Kedah 2017

SUNGAI PETANI - Persatuan Hoki Daerah Kuala Muda muncul johan Liga Hoki TNB Kedah 2017 selepas berjaya menewaskan Sportshop DK1 6-0 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) Sungai Petani kelmarin.

Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Kedah (KHA), B Sandra Gesan berkata, program pembangunan itu merupakan penganjuran pertandingan hoki yang memasuki tahun kedua menampilkan 14 pasukan dari seluruh Kedah.


Menurutnya, kejohanan iadakan selama tiga bulan bermula 10 Oktober lalu diadakan di dua tempat iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani.

"KHA mengharapkan agar kejohanan ini dapat diteruskan pada tahun 2018 bagi memastikan lebih banyak bakat baharu dapat dilahirkan di Kedah," katanya kepada Sinar Harian.

Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Profesor Dr S.Shamala turut hadir pada perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang.

INFO

Liga Hoki TNB Kedah 2017

Johan - Persatuan Hoki Daerah Kuala Muda (RM2000)

Naib Johan - Sportshop DK1 (RM1500)

Ketiga - UUM Tigers (RM1,000)

Keempat - Persatuan Hoki Daerah Kubang Pasu (RM500)

No comments

Powered by Blogger.