Arena : Empat pasukan beraksi di Stadium Hoki Nasional 2

Empat pasukan akan berkongsi Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil sebagai gelanggang utama mereka sepanjang Liga Hoki Malaysia (LHM) yang bermula esok, dengan pengurus
pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Brian Fernandes, berkata ia atas persetujuan pasukan terbabit.

Stadium Hoki Nasional 2 akan menjadi kubu untuk Maybank, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan TNB Thunderbolt.

KHM meluluskan permohonan empat pasukan terbabit untuk berkongsi gelanggang atas pelbagai faktor.

Tiga lagi gelanggang ialah Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Stadium Hoki Kuala Lumpur dan Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.

"Daripada segi logistik, ia sangat bagus kerana kami berjaya mengurangkan masa untuk pergi ke venue yang jauh, sistem penyiaran juga dapat dipertingkatkan jika kami beraksi di sini," kata Fernandes.

"Saya berasakan ini merupakan satu perkara yang baik kerana banyak pasukan yang menggunakan stadium yang sama."

Setakat ini, enam pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam LHM 2018, dengan Terengganu Hockey Team (THT) dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) akan turun selaku pilihan, terutama dalam perebutan Piala Sumbangsih di Kuala Terengganu, 12 Januari ini.

No comments

Powered by Blogger.