Arena - Harte is in the house
Kehadiran ramai pemain import bertaraf dunia membanjiri saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini dilihat antara tarikan utama yang akan menyerikan saingan kempen 2018.
Nama besar seperti pakar flick nombor satu dunia dari Argentina, Gonzalo Peillat, menyertai Terengganu Hockey Team (THT) dan turut disertai tiga rakan sepasukannya, Joaquin Menini, Pablo Javier Trevisan serta Barreiros Lopez.
Perseteruan THT dan Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) juga tentunya menarik disaksikan terutama selepas KLHC berjaya mengikat khidmat bekas 'mesin gol' THT yang juga penjaring terbanyak MHL musim lepas iaitu bintang Korea Selatan, Jang Jong Hyun.
Namun, saya lebih tertarik untuk menyentuh kehadiran Penjaga Gol Terbaik Dunia selama dua tahun berturut-turut, David Harte, memilih untuk menyarung jersi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) musim ini.
Kehadiran penjaga gol utama Ireland ini membuktikan pemain-pemain berkelas dunia juga sebenarnya berminat untuk bermain dalam saingan liga kita walaupun Malaysia menduduki ranking ke-12 dunia.
Harte mempunyai pengalaman luas di pentas antarabangsa selain menjadi watak utama menghadiahkan kejayaan kepada kelabnya di Belanda, SV Kampong menjuarai Hoofdklasse, saingan liga No. 1 Belanda, musim lalu.
Ia adalah kejayaan pertama SV Kampong menamatkan kemarau kejuaraan liga selama 32 tahun selepas membantu pasukan itu bergelar juara Euro Hockey League pada musim 2015-2016.
Kapten Ireland, ranking ke-10 dunia, ini juga mempunyai banyak memori manis setiap kali menentang pasukan hoki kebangsaan negara, Malaysian Tigers di pentas antarabangsa.
Paling tidak dapat dilupakan tentunya perlawanan penentuan tempat ke-5 dan ke-6 Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium, pada 2015 yang menyaksikan kekalahan Malaysia kepada Ireland membolehkan mereka meraih tiket automatik ke Sukan Olimpik Rio 2016.
Kemenangan 4-1 ke atas Malaysia dalam perlawanan itu membolehkan Ireland beraksi dalam pentas berprestij dunia Sukan Olimpik buat kali pertama dalam sejarah negara mereka.
Kehebatan Harte mengawal benteng terakhir Ireland tidak perlu disangkal lagi jika melihat kepada anugerah individu yang dimenanginya seperti Penjaga Gol Terbaik Dunia 2015 & 2016, Penjaga Gol Terbaik Eropah 2015, Penjaga Gol Terbaik Liga Hoki Dunia Pusingan Ke-2 2015 & 2017 dan Penjaga Gol Terbaik Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2015.
Kecemerlangannya membolehkan Ireland meraih tempat ketiga Kejohanan Eropah 2015 dan layak secara merit ke pentas Piala Dunia 2018 di India penghujung tahun ini.
Saya amat percaya kehadiran Harte dalam saingan LHM kali ini secara tidak langsung membantu pemain-pemain negara terutama dari segi penyudah tajam barisan penyerang kita kerana tentunya dia tidak akan melepaskan gol dengan begitu mudah.
Satu perkara yang amat merugikan jika pemain-pemain kita tidak memanfaatkan peluang keemasan dan pengalaman bermain dengan bintang-bintang bertaraf dunia seperti Harte.
Mirnawan Nawani

Post a Comment