Arena : THT mahu jadikan TNB Thunderbolts mangsa pertama
Kegagalan mengutip tiga mata dalam aksi pembukaan Liga Hoki Malaysia (LHM) mahu ditebus Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang akan bertemu TNB Thunderbolts, malam ini.
Pengendali THT, Sarjit Singh, menuntut skuad bimbingannya tidak mensia-siakan kelebihan beraksi di Kuala Terengganu untuk mencatat kemenangan serta mengelak daripada terus keciciran mata.
Menurutnya, selepas sekadar seri dengan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) kelmarin, THT tiada pilihan selain bangkit mempamerkan rentak sebenar.
Apa yang menggembirakan Sarjit ialah keserasian pemain-pemain yang disifatkannya semakin baik, terutama sentuhan tonggak tempatan dan import.
“Setiap perlawanan adalah penting kerana saingan liga semakin sukar dan THT mahu kembali merampas kejuaraan MHL.
“Kami perlu menang kerana satu mata dalam aksi pertama belum memadai,” ujar Sarjit.

Post a Comment