BHarian : Perlu lebih konsisten pada 2018: Van Huizen
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen mengakui musim 2018 pasti lebih sukar untuk barisan pemainnya terutama dalam usaha untuk meneruskan aksi konsisten seperti yang sudah dibuktikan sepanjang 2017.
Tegas Van Huizen, tiada istilah rehat untuk Malaysian Tigers selepas melalui musim cukup cemerlang pada 2017 dengan pelbagai kejayaan termasuklah kembali memegang status pasukan nombor dua terbaik Asia selepas India.
Justeru, pengendali berusia 59 tahun itu berkata, barisan pemainnya perlu mempamerkan watak lebih serius dalam menghadapi lima kejohanan utama pada 2018 termasuk paling penting Sukan Asia di Indonesia yang menawarkan satu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Tahun ini akan menjadi ujian getir sejauh mana pemain mampu mempamerkan aksi konsisten. Jelas sekali banyak kerja yang perlu dilakukan.
"Saya pasti lawan yang kami tewaskan tahun lalu seboleh-bolehnya mahu menewaskan kami pada tahun ini. Jadi kami perlu lebih berwaspada," katanya.
Dengan jangkaan yang semakin tinggi daripada semua pihak, Van Huizen mengakui beliau serta barisan pemainnya perlu meraih sasaran ditetapkan.
"Sekarang ini jangkaan daripada orang ramai, media dan ISN (Institut Sukan Negara) cukup tinggi. Kita sudah masuk ke dalam Program Podium dan ini bermakna, kami perlu mengekalkan prestasi terbaik.
"Sebab jika kami gagal memenuhi sasaran di Sukan Asia, kemungkinan besar kami akan dikeluarkan daripada Program Podium," katanya merujuk kepada sasaran pasukan untuk memenangi pingat emas di Sukan Asia sekali gus layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2020.
Malaysian Tigers meraih pelbagai kejayaan pada 2017 bermula dengan muncul juara pada Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh sebelum melepasi jangkauan dengan penamat keempat pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London yang sekali gus menjamin tempat ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.
Anak buah Van Huizen terus mengekalkan aksi konsisten dengan pertama kali muncul naib juara Piala Asia selepas tewas kepada India pada aksi final sekali gus memegang status pasukan kedua terbaik di Asia ketika ini.

Post a Comment