BHarian : THT hampir pikat Jackson
KUALA LUMPUR: Pengendali Terengganu Hockey Team (THT), Sarjit Singh mendedahkan pasukannya boleh mendapatkan khidmat bintang hoki Great Britain, Ahsley Jackson bagi musim ini jika tidak kerana faktor kuota enam import sudah penuh.
Bintang berusia 30 tahun itu yang juga penjaring terbanyak sepanjang zaman Great Britain, menyatakan minat menyertai THT, namun ia sedikit lewat kerana THT ketika itu sudah mencapai persetujuan bersama enam import sedia ada.
"Kita terpaksa lupakan Ashley kerana ketika itu kita sudah memeterai perjanjian dengan enam pemain import ini, dia sedikit lewat menghubungi kita.
"Mungkin kita akan cuba dapatkannya pada kempen 2019 pula," kata Sarjit.
Selain Jackson yang kini mula berjinak-jinak bermain hoki ais, Sarjit turut mengesahkannya pihaknya juga pernah berbincang dengan bintang tengah Belanda, Robbert Kemperman yang turut menjadi buruan UniKL.
"Kami memang ada menghubungi satu sama lain, dan dia sudah setuju menyertai kami sebelum terpaksa mengubah fikiran kerana terikat dengan komitmen negara."
Difahamkan Kemperman diyakinkan oleh bekas pemain import THT dari Argentina, Valentin Verga yang beraksi dalam saingan Liga Perdana 2017.
Jelas Sarjit, minat ditunjukkan beberapa pemain terkemuka dunia untuk datang ke THT kerana dasar pengurusan kerajaan negeri dan Persatuan Hoki Terengganu yang amat bagus.
"Pemain-pemain yang pernah beraksi untuk THT kebanyakan balik ke negara sendiri membawa cerita yang menarik mengenai THT dan kini nama pasukan kami mula dikenali di sana, malah saya sendiri mendapat banyak emel dari pemain yang menyatakan minat untuk mencuba nasib dengan kami."

Post a Comment