BHarian : TLHT raih kemenangan sulung
KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) kembali menghangatkan perebutan gelaran Liga Hoki Wanita Malaysia apabila membenam KL Wipers 4-0 hari ini, ketika peneraju PKS Uniten-KPT mudah membaham MSN Kedah 8-0.
Kemenangan itu menyaksikan skuad yang diperkuatkan kehadiran tujuh tonggak kebangsaan itu terus dipisahkan dua mata di belakang pendahulu bersama PKS Uniten dan UiTM-KPT selepas sekadar terikat 1-1 dengan Blue Warriors pada aksi pembukaan liga dua hari lalu.
Norazlin Sumantri meletakkan TLHT di depan seawal minit ketiga dan terpaksa menunggu sehingga suku ketiga untuk mengukuhkan kedudukan menerusi jaringan pukulan sudut penalti pertahanan, Siti Noor Amarina Ruhani pada minit ke-42.
Selepas Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail melebarkan kedudukan menjadi 3-0 pada minit ke-52, Nur Aisyah Hashim melengkapkan kemenangan pertama skuad kendalian Muhammad Harun Al-Rashid Samri empat minit kemudian juga menerusi gol padang.
"Bagi saya keputusan perlawanan lain tidak penting, apa yang penting pasukan kami terus kekal tanpa kalah.
"Malah, saya bersyukur kerana hari ini matlamat untuk mendapat tiga mata penuh tercapai selepas pemain berjaya bangkit mencuri satu mata pada aksi pertama," kata pengendali TLHT, Harun Al Rashid.
Sementara itu, pakar flick negara, Nuraini Rashid terus mengganas apabila meledak empat gol ketika membantu PKS Uniten meratah MSN Kedah 8-0 di Stadium Hoki Kulim sekali gus melonjak sebagai penjaring terbanyak liga dengan lima gol.
Empat gol Nuraini itu masing-masing terhasil pada minit ke-24, 32, 33 dan 58 dengan empat lagi gol skuad kendalian Lailin Abu Hassan itu dijaringkan Fatin Shafika Mohd Sukri minit ke-10 dan 19 serta Surizan Awang Noh (19) dan Nurliyana Md Kip (54).
Dalam satu lagi aksi, UiTM-KPT mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang Junior menerusi jaringan padang Amir Natasha Abu Hassim untuk kekal di kedudukan kedua, namun dipisahkan berdasarkan perbezaan gol dengan peneraju PKS Uniten.
Keputusan
KL Wipers 0 TLHT 4
MSN Kedah 0 PKS Uniten 8
UiTM-KPT 1 Penang Juniors 0

Post a Comment