Hmetro : Chiow Chuan optimis pertahan kejuaraan
KETUA jurulatih Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Lim Chiow Chuan optimis skuad kendaliannya mampu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana musim ini.
Juara bertahan itu ketika ini menduduki tangga ketiga liga dengan lapan mata selepas lima perlawanan, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Pasukan Hoki Terengganu (THT).
Namun, berbaki lima perlawanan lagi, Chiow Chuan yakin peluang barisannya mempertahankan kejuaraan masih terbuka luas.
“Selepas beberapa keputusan yang tidak memihak kepada lawan kita sebelum ini, nampaknya peluang kembali terbuka untuk kami.
“Tapi kami juga tidak boleh terlalu mengharapkan ihsan pasukan lain, sebaliknya perlu berusaha sendiri dalam usaha mempertahankan kejuaraan.
“Bagi memenuhi sasaran itu, maka kami tiada pilihan lain selain perlu menang baki lima perlawanan selepas ini,” katanya.
Jelas Chiow Chuan, ia akan bermula dengan perlawanan menentang TNB Thunderbolts esok.
“Walaupun kami menewaskan mereka 7-0 pada perlawanan terakhir, tapi kami sama sekali tidak akan memandang rendah kemampuan Thunderbolts.
“Apapun, kami harus kekalkan momentum kemenangan,” katanya.

Post a Comment