HMetro : Terima kasih KLHC
PENJAGA gol Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Adrian Andy Albert mengakui dia terhutang budi dengan skuad juara bertahan Liga Perdana itu kerana sanggup menyelamatkan kariernya yang hampir berkubur sebelum ini.
Masa depan bekas penjaga gol skuad Projek 2016 berusia 21 tahun itu tampak gelap selepas kontraknya bersama pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berakhir pada Mac 2017 tidak disambung.
Situasi itu memaksanya bekerja sebagai sebagai budak penghantar makanan Domino’s Pizza Malaysia untuk tempoh lebih enam bulan, sebelum persembahan cemerlangnya untuk pasukan Kuala Lumpur dalam saingan Piala Razak 2017 di Ipoh, Perak berjaya memikat hati barisan pengurusan KLHC.
“Hampir setahun juga saya kerja hantar makanan, ketika itu saya tidak mempunyai pilihan kerana ingin meneruskan hidup di ibu kota.
“Kalau saya pilih untuk pulang ke negeri asal saya iaitu Sabah, di sana tiada banyak aksi kompetitif, jadi mahu atau tidak saya perlu bekerja apa saja untuk bayar rumah sewa dan kos hidup di sini.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada KLHC kerana memberi peluang untuk menghidupkan semula karier saya,” katanya yang ditugaskan mengawal gawang negara pada kejohanan hoki B-21 Piala Sultan Johor, Oktober lalu.
Bagaimanapun, setakat ini Adrian masih belum diturunkan pada tiga aksi pertama KLHC dalam saingan Piala Tan Sri P Alagendra dengan dia hanya bertindak selaku penjaga gol kedua di belakang bekas penjaga gawang negara, Roslan Jamaluddin.
Namun, dia berjanji untuk memberikan persembahan terbaik jika diturunkan sambil meletakkan sasaran peribadi untuk memecah masuk ke dalam skuad senior negara dalam tempoh tiga hingga empat tahun.
“Sekiranya mendapat peluang untuk beraksi, saya akan memanfaatkannya sebaik mungkin, ketika ini saya cuba menimba ilmu sebanyak mungkin daripada Roslan.”
Sebagai rekod, sebelum dipancing TNB dengan kontrak selama empat bulan pada tahun lalu, Adrian pernah beraksi buat skuad Sapura selama dua musim.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2018 @ 7:39 PM

Post a Comment