Kosmo : PKS Uniten sasar juara Liga MWHL
SKUAD hoki wanita Pusat Kecemerlangan Sukan Universiti Tenaga Nasional (PKS Uniten) sudah bersedia mengharungi kempen musim baharu Liga Hoki Wanita Malaysia (MWHL) 2018 bermula 18 Januari ini.
Ketua jurulatih PKS Uniten, Lailin Abu Hassan meluahkan keyakinan untuk mencabar dua gergasi, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) dan Blue Warriors dari Polis Diraja Malaysia untuk merebut salah satu daripada dua kejuaraan dipertandingkan musim ini.
Biarpun tidak diperkuatkan dengan tenaga import, namun kehadiran tiga tonggak skuad wanita kebangsaan menyaksikan PKS Uniten mempunyai barisan seimbang dalam misi merealisasikan impian tersebut.
“Blue Warrios mempunyai tiga import dari India selain beberapa pemain kebangsaan seperti Farah Ayuni Yahya, Norbaini Hashim dan Nuraslinda Said. TLHT pula mempunyai enam pemain kebangsaan.
“Kali ini kami mempunyai tiga pemain baharu yang secara tidak langsung memperkuatkan pasukan. Kehadiran mereka memberikan keseimbangan kepada pasukan untuk kami mencabar memenangi sesuatu musim ini.
“Tahun lepas kami meraih tempat ketiga liga dan terkandas di separuh akhir (Piala Vivian May Soars). Kali ini kami mahu menjuarai liga dan mara ke final untuk satu lagi kejohanan,” kata Lailin yang berterima kasih kepada pihak pengurusan PKS Uniten melantiknya sebagai ketua jurulatih pasukan itu.
Lailin yang juga penolong jurulatih skuad wanita kebangsaan berkata demikian sewaktu majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain PKS Uniten menghadapi cabaran musim ini di Kampus Uniten, Kajang, Selangor semalam.
Selain tiga pemain baharu, PKS Uniten turut mengekalkan empat pemain kebangsaan yang menyarung jersi pasukan itu musim lalu seperti kapten, Raja Norsharina Raja Shabuddin, Nurul Nabiha Mansur, Surizan Awang Noh dan Fatin Shafika Mahd. Sukri.
Anak-anak buah Lailin akan memulakan kempen musim ini menentang Penang Juniors di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 18 Januari ini.

Post a Comment