MHC : Faizal, Peillat teruja digandingkan
Penyerang Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari, mencuri tumpuan dalam perlawanan suku akhir Piala Tan Sri P. Alagendra apabila meledak lima gol ketika membenam UiTM di Bukit Jalil, semalam.
THT tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan UiTM dengan kemenangan 9-0 untuk mara ke separuh akhir menentang TNB Thunderbolts, esok.
Daripada sembilan gol yang dihasilkan, lima daripadanya adalah sumbangan bakat tempatan, Faizal Saari, tatkala tumpuan sebelum itu terarah kepada pakar pukulan sudut penalti dari Argentina, Gonzalo Peillat.
"Saya pun tidak sangka, saya cuma menggunakan peluang yang ada.
"Perlawanan pertama ini suatu permulaan baik buat THT," kata Faizal.
Peillat, yang menghasilkan dua gol turut berpuas hati dengan penampilan pertamanya sambil teruja dapat bergandingan dengan Faizal.
"Faizal seorang pemain yang bagus. Dia memiliki pengalaman luas dan individu yang cukup baik. Saya gembira bermain disampingnya," ujar Peillat yang hanya tiba di Kuala Lumpur lewat petang Rabu lalu.
Sementara itu, malang menimpa salah seorang pemain import baru THT, Lopez Barreiros, apabila mendapat kecederaan selepas bola pukulan sudut penalti Faizal mengenai mukanya.
Jurulatih, Sarjit Singh, memberinya pelepasan untuk berehat, namun Barreiros menegaskan dia masih komited untuk turun dalam perlawanan seterusnya.
"Saya memerlukan beberapa jahitan di bahagian mata tetapi saya tidak apa-apa dan bersedia untuk diturunkan dalam aksi selepas ini.
"Kami hanya berehat selama sehari dan itu sudah memadai," katanya yang menyumbang satu gol.
Keputusan lain menyaksikan UniKL dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) turut mara ke separuh akhir.

Post a Comment