SH : KLHC idam jinakkan THT lagi
MASIH segar dengan kemenangan ke atas Terengganu Hockey Team (THT) pada aksi final Piala P Alagendra tempoh hari, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) idam mengulangi kejayaan itu apabila kedua-dua pasukan sekali lagi bertembung dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Burok, esok.
Pengendalinya, Lim Chiow Chuan berkata, kemenangan ke atas THT itu juga memastikan motivasi pemain berada pada tahap terbaik.
Namun, katanya, beliau tidak mahu pemainnya terlalu yakin, sebaliknya berpijak di bumi nyata agar tidak ambil mudah dan berisiko tewas dalam perlawanan itu.
"Kami sedar THT mungkin hadir dengan lebih hebat selepas tewas baru-baru ini dan kami sudah sedia dengan sebarang kemungkinan, apatah lagi mereka bermain di tempat sendiri.
"Kami mempunyai sedikit kelebihan selepas menang Piala P Alagendra dari segi semangat dan motivasi pemain, " katanya.
KLHC musim ini dilihat mampu menjadi antara pesaing terkuat dalam liga dengan gabungan pemain import dan pemain tempatan berkualiti.
Chiow Chuan berkata, gandingan itu sangat berguna bagi memastikan kupayaan pasukan untuk terus konsisten dalam menghadapi jadual padat liga.
"Kami perlu bermain 16 hingga 17 perlawanan dalam tempoh lima minggu dan ia sememangnya sangat mencabar buat kami.
"Justeru penggiliran pemain dengan barisan yang kami ada memastikan pasukan boleh terus konsisten," katanya.

Post a Comment