Kosmo : Marhan teruja dakap Piala TNB
HASRAT kapten Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Muhammad Marhan Mohd. Jalil untuk menjulang Piala TNB buat kali pertama dalam kariernya akhirnya tercapai pada musim ini.
Marhan, 28, meraih kejayaan itu selepas membantu UniKL menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.
“Ini adalah kali pertama saya memenangi Piala TNB kerana sebelum ini sudah hampir enam atau tujuh kali saya bermain di pentas final tetapi semuanya tewas.
“Jadi, saya sangat berpuas hati dengan kejayaan ini. Kami terlepas peluang untuk menang gelaran Divisyen Premier Liga Hoki Malaysia (MHL) 2018, gelaran Piala TNB ini sudah cukup mengubati kekecewaan kami,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Sebagai rekod, Marhan yang menyertai UniKL tahun lalu, pernah beraksi pada final Piala TNB edisi 2009 bersama Sapura, namun terpaksa akur sekadar muncul naib juara selepas tewas kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT).
Mengulas lanjut, Marhan yang juga ‘arkitek’ bahagian tengah skuad kebangsaan mengakui lega kerana UniKL berjaya mengambil kesempatan kegagalan KLHC pada penentuan penalti untuk bergelar juara buat kali pertama sejak ditubuhkan 2009.
Bintang hoki dari Negeri Sembilan itu mendedahkan, dia tidak menyukai penentuan penalti kerana setiap pemain perlu membuat keputusan dalam tempoh cepat dan mempunyai satu peluang sahaja.
“Kalau boleh memang saya mengharapkan pemenang ditentukan dalam tempoh 60 minit permainan kerana saya tidak suka pukulan penalti.
“Bukan saya tidak mempercayai rakan-rakan sepasukan tetapi saya gemuruh dalam tempoh lapan saat untuk mengambil pukulan penalti. Pemain perlu buat keputusan cepat dalam masa lapan saat dan jika gagal, peluang tidak akan datang lagi,” jelasnya.
Pada perlawanan itu, UniKL membuka tirai jaringan menerusi Glenn Turner sebelum Jang Jonghyun menyamakan kedudukan buat KLHC.
Sewaktu penentuan penalti, bintang Belanda, Jeroen Hertzberger muncul wira UniKL apabila memanfaatkan pukulan penalti terakhir dengan menewaskan penjaga gol KLHC, Roslan Jamaluddin, sekali gus memastikan Piala TNB menjadi milik UniKL.

Post a Comment