Kosmo : Skuad PKS Uniten-KPT raih kejuaraan MWHL
GELARAN juara Liga Hoki Wanita Malaysia (MWHL) musim ini secara rasmi menjadi milik PKS Uniten-KPT, sekali gus menamatkan penantian selama tiga tahun.
Kejayaan itu hadir selepas PKS Uniten-KPT merakam kemenangan bergaya 8-0 ke atas pasukan tangga tercorot, Penang Juniors pada aksi terakhir liga di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Ia membolehkan skuad bimbingan Lailin Abu Hassan itu mengesahkan kejuaraan musim ini dengan kelebihan 13 jumlah perbezaan jaringan ke atas pencabar terdekat, Blue Warriors selepas kedua-dua pasukan memungut 30 mata.
Sebagai rekod, PKS Uniten-KPT meraih 55 jaringan berbanding 42 gol dicatatkan Blue Warriors yang terpaksa akur dengan status selaku naib juara musim ini.
“Saya amat berpuas hati dengan kesungguhan dan prestasi dipamerkan para pemain dalam perlawanan ini. Saya harap kejayaan ini akan membakar semangat mereka untuk memburu gelaran kedua selepas ini,” kata Lailin selepas tamat perlawanan semalam.
Tiga pemain PKS Uniten-KPT, Nuraini Abdul Rashid, Hanis Nadiah Onn dan Nurul Nabihah Mansur masing-masing berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.
Baki dua lagi gol melengkapkan pesta jaringan PKS Uniten-KPT semalam dihasilkan oleh Ellya Syahirah Ellias dan Fatin Shafika Mahd. Sukri.
Blue Warriors terpaksa berpuas hati dengan pencapaian diraih tahun lalu iaitu naib juara walaupun berjaya menewaskan juara bertahan, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) 3-1 di Kuala Terengganu semalam.
Tiga gol Blue Warriors diperoleh menerusi Nadia Abdul Rahman, Nurul Aida Abdul Razak dan Siti Zulaika Hussin, manakala Norazlin Sumantri menghadiahkan jaringan sagu hati buat TLHT.
PKS Uniten-KPT dijangka tidak berdepan masalah melangkah ke pentas final Piala Vivian May Soars selepas ini memandangkan bertemu lawan mudah iaitu pasukan tempat keempat, KL Wipers pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional esok.
Blue Warriors sekali lagi akan berhadapan dengan TLHT yang menamatkan saingan liga pada tempat ketiga, dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung esok.

Post a Comment