Kosmo : UniKL pahat sejarah juara Piala TNB
UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) mencipta sejarah baharu arena hoki tanah air apabila berjaya merangkul gelaran Piala TNB musim ini yang mana ia merupakan kali pertama sejak pasukan itu ditubuhkan pada tahun 2009.
Kejayaan itu hadir hasil kemenangan 4-3 menerusi penentuan pukulan penalti ke atas Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa sebenar pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Lebih manis, ia secara tidak langsung meranapkan impian KLHC untuk bergelar juara treble selepas terdahulu memenangi Piala Tan Sri P. Alagendra dan Piala Sumbangsih pada awal saingan musim ini.
Dalam aksi tersebut, UniKL yang dikendalikan Arul Selvaraj terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang Glenn Turner selepas memanfaatkan hantaran cantik daripada Sander De Wijn pada minit ke-33.
Kelebihan itu tidak bertahan lama apabila KLHC, bimbingan Lim Chiow Chuan, bangkit menyamakan kedudukan 1-1 hasil penalti stroke disempurnakan oleh Jang Jonghyun berselang tiga minit kemudian.
Kedua-dua pasukan buntu menambah gol walaupun KLHC memperoleh enam pukulan sudut penalti, manakala UniKL tujuh pukulan sudut penalti hingga memaksa pemenang ditentukan menerusi pukulan penalti.
Bintang Belanda, Jeroen Hertzberger muncul wira UniKL apabila tidak mensia-siakan pukulan penalti terakhir dengan menewaskan penjaga gol KLHC, Roslan Jamaluddin untuk memastikan kemenangan 4-3 menjadi milik mereka.
Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mencipta kejutan menewaskan bekas juara empat kali berturut-turut, Pasukan Hoki Terengganu (THT) dengan kemenangan 4-3.

Post a Comment