Langkah kanan di bulan Februari

Pasukan hoki dari Pulau Pinang bermula dengan langkah kanan di bulan Februari ini. Semalam kedua-dua pasukan mencatat kejayaan bermakna mengalahkan lawan masing-masing di Stadium Hoki USM.


Pada perlawanan pertama pasukan Penang Junior mengalahkan pasukan MSN Kedah dengan jaringan 2-0. Gol pertama Penang Junior dihasilkan oleh Siti NorArfah Mohd Nor pada minit ke 37 dan selang dua minit selepas itu pemain kebangsaan Nurmaizatul Hanim menjaringkan satu gol lagi. Kedudukan terikat sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan semalam pasukan Penang Junior berjaya mengumpul 4 mata keseluruhan dan naik ke tangga ke 5 kumpulan dari 7 pasukan bertanding.

Perlawanan seterusnya untuk Penang Juniors adalah menentang pasukan Blue Warriors pada 6 Februari nanti di Stadium Hoki USM




No comments

Powered by Blogger.