HMetro : Demi keluarga
KOMITMEN bersama keluarga sebagai punca bekas penyerang hoki kebangsaan, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin menolak tawaran beraksi dalam saingan Liga Hoki Eropah (EHL) bersama Racing Club de France (RCF).
Wakil kelab juara Perancis itu mendekati Izwan minggu lalu, tetapi terpaksa melupakan niat mereka selepas pemain berusia 29 tahun itu enggan berjauhan dengan keluarga.
Izwan berkata biarpun ia peluang sekali seumur hidup namun sebagai pemain tiada apa yang perlu dikejarnya lagi apatah lagi dengan faktor dirinya yang semakin dimamah usia.
"Sebenarnya saya menerima tawaran itu menerusi bekas pengurus Sapura Louis (Gregory) minggu lalu. Tetapi saya menolaknya dengan cara yang baik kerana tempoh tiga bulan adalah terlalu lama bagi pemain seperti saya.
"Difahamkan, RCF begitu ingin mendapatkan pemain Malaysia kerana kelab itu kini diurus oleh Updesh Singh salah seorang bekas pemain kebangsaan era 1980-an.
"Memang tawaran ini amat menarik, tetapi selepas fikir semasak-masaknya saya terpaksa membatalkan niat untuk ke sana kerana faktor anak saya yang masih kecil.
"Sebagai pemain, tiada apa lagi yang mahu dikejar saya. Kalau baharu berusia 25 tahun mungkin saya sanggup pergi dalam usaha mencari semula tempat bersama skuad kebangsaan tetapi dengan usia yang hampir mencecah 30 tahun peluang itu tampak sukar," kata pemain yang pernah membuat 105 penampilan untuk negara.
Izwan kali terakhir mewakili skuad Malaysian Tigers pada kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2015 di Antwerp, Belgium.
Selepas pelantikan Stephen Van Huizen sebagai ketua jurulatih, dia terus tercicir sebelum digugurkan daripada skuad hoki dalam dewan negara pada Sukan SEA ogos lalu.
RCF bagaimanapun menemui pengganti berwibawa apabila berjaya mengikat dua pemain hoki negara iaitu Rashid Baharom dan Shazril Irwan Nazli yang akan berlepas ke sana malam ini.

Post a Comment