HMetro : Peluang masih ada
KUALA LUMPUR: Diundi dalam kumpulan maut bukanlah penamat kepada sisa-sisa perjuangan skuad hoki negara pada saingan Piala Dunia di Bhubaneswar, India dari 28 November sehingga 16 Disember depan.
Sebaliknya, bekas pertahan skuad negara, Maninderjit Singh yang pernah beraksi di dua edisi Piala Dunia menegaskan, Malaysian Tigers perlu kekal positif kerana masih ada peluang untuk mara ke suku akhir.
Ini kerana format kejohanan membabitkan 16 pasukan pada kali ini menyaksikan empat pasukan teratas di setiap kumpulan layak secara automatik ke suku akhir sementara pasukan yang menduduki tempat kedua dan ketiga bagi setiap kumpulan perlu beraksi dalam pusingan cross-over untuk mengisi baki empat slot ke suku akhir.
Bermakna skuad negara masih mempunyai peluang sekiranya menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga.
Barisan pemain bimbingan Stephen Van Huizen diundi dalam Kumpulan D bersama tiga bekas juara dunia, Belanda, Jerman dan Pakistan.
"Jika tiada format seperti ini, memang sukar bagi Malaysia untuk mara ke suku akhir.
"Sebab seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, apabila menentang pasukan Asia, kita sememangnya sangat bagus dan mampu memberi saingan.
"Tapi bila bertemu pasukan Eropah, jurangnya masih jauh. Sebab itu kita perlu berterima kasih kepada format terbaru ini kerana ia memberi peluang kepada pasukan negara untuk ke suku akhir," katanya.
Jelas Maninderjit, untuk menewaskan Jerman dan Belanda adalah satu misi yang sukar tetapi beliau yakin skuad negara mempunyai peluang menewaskan Pakistan sekali gus cuba berada dalam kedudukan ketiga peringkat kumpulan.
Skuad negara menamatkan saingan di kedudukan tercorot daripada 12 pasukan yang bertanding pada edisi terakhir di The Hague, Belanda empat tahun lalu.
Pencapaian terbaik skuad negara adalah menduduki tempat keempat pada Piala Dunia 1975 di Kuala Lumpur.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Mac 2018 @ 2:39 PM

Post a Comment