Kosmo : Dharma berasa bimbang
PUKULAN sudut penalti menjadi kebimbangan utama ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah bagi menghadapi Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia dari 4 hingga 15 April ini.
Dhaarma, 49, tidak gembira dengan kegagalan anak-anak buahnya memanfaatkan lima pukulan sudut penalti ke atas Institut Sukan New South Wales (NSWIS) biarpun akhirnya tetap menang 4-2 pada aksi pemanas badan di Pusat Hoki Gold Coast semalam.
“Kami bermain dengan bagus dan mencipta banyak peluang. Kami berjaya mendahului pihak lawan 4-0 sebelum membenarkan mereka bangkit meledak dua gol.
“Hari ini (semalam) kami mendapat lima pukulan sudut penalti tetapi semuanya tidak masuk. Set-piece juga tidak menjadi. Saya mahu melihat peningkatan dari segi serangan dan pertahanan pukulan sudut penalti untuk aksi pemanas badan kedua.
“Apa yang positif ialah kami berjaya mengeluarkan bola keluar daripada asakan hebat pihak lawan.
Saya gembira kerana ia sebenarnya salah satu kelemahan kami dan penguasaan bola juga bagus untuk perlawanan ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Empat gol Malaysian Tigress semalam dijaringkan oleh Hanis Nadiah Onn, Nuraini Abdul Rashid, Nur Amirah Syakirah Zulkifli dan Fatin Shafika Mahd. Sukri.
Skuad negara akan meneruskan aksi pemanas badan kedua menentang NSWIS, Ahad ini sebelum memulakan kempen Sukan Komanwel 2018 menentang England, India, Afrika Selatan dan Wales dalam saingan Kumpulan A.
Sementara itu, skuad hoki lelaki negara juga menang 4-2 ke atas NSWIS hasil dalam satu aksi pemanas badan semalam.
Dua gol Malaysian Tigers dijaringkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, manakala masing-masing satu daripada Mohd. Fitri Saari dan Muhammad Razie Abd. Rahim.

Post a Comment