Kosmo : Hasrat Shazril, Rashid berkecai
HASRAT dua pemain hoki negara, Shazril Irwan Nazli dan Muhammad Rashid Baharom beraksi buat julung-julung kali pada saingan Liga Hoki Eropah (EHL) bersama gergasi Perancis, Racing Club de France (RCF) musim ini tidak kesampaian.
Persatuan Hoki Eropah (EHF) telah menolak permohonan RCF untuk menyenaraikan nama Shazril, 25, dan Rashid, 25, dalam penampilan keempat juara empat tahun berturut-turut Liga Elit Perancis itu di pentas EHL.
Wakil RCF menerusi penyelianya, Updesh Singh Gill mengesahkan perkara itu dengan menjelaskan, kegagalan tersebut disebabkan kelewatan mendaftar nama Shazril dan Rashid sehingga tarikh pendaftaran ditutup.
“Kami baru sahaja menerima jawapan daripada pihak EHL. Malangnya, ia adalah jawapan negatif dan peluang dua pemain Malaysia bermain di EHL gagal.
“Alasannya kerana kami lewat menghantar lesen dalam tempoh dibenarkan. Kami berjaya mendapatkan lesen mereka dua jam sebelum tarikh di Perancis ditutup tetapi ia sudah terlewat untuk saingan EHL.
“Jawapan sudah diterima dan kami terpaksa mengharungi saingan EHL musim ini tanpa dua pemain Malaysia. Kami perlu menang lagi gelaran Liga Elit Perancis tahun ini untuk mendaftarkan mereka semula musim depan,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Updesh, 60, adalah bekas pemain hoki negara pertama bermain di Eropah pada usia 20 tahun dan pernah mewakili Malaysia pada Piala Dunia Argentina 1978 selain menyarung jersi RCF beraksi di EHL yang ketika itu masih menggunakan nama Piala Eropah.
Beliau yang juga bekas rakan sepasukan ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Stephen van Huizen, memberitahu, Shazril dan Rashid menerima keputusan tersebut dengan terbuka dan bertekad membantu RCF bergelar juara Perancis.
Shazril yang beraksi sebagai pertahanan dan Rashid, bekas penyerang skuad kebangsaan, akan meneruskan perlawanan liga seterusnya menentang Lyon, Ahad ini.
“Mereka bermain dalam kemenangan 2-0 ke atas Lille pada perlawanan pertama. Rashid juga berjaya menjaringkan gol sewaktu menang 6-1 dalam satu aksi persahabatan.
“Kami tidak dapat berbuat apa-apa mengenai EHL dan mereka berdua memahaminya dengan jelas. Kami beritahu mereka berdua bahawa kejuaraan liga amat penting buat pasukan ini,” jelasnya.

Post a Comment