SIAPA KATA PEILLAT TIDAK BOLEH DIHALANG?
Kebanyakkan tajuk akhbar berkenaan hoki ialah berkisar tentang "SEKAT PEILLAT"
Kalau tidak silap pasukan hoki Malaysia merupakan pasukan pertama yang berjaya mengekang kehebatan Peillat semasa semi final HWL tahun lepas.
Tewas pada perlawanan peringkat kumpulan 5-2, Malaysia bangkit melawan pada peringkat separuh akhir dan menemui cara untuk menghalang Peillat.
Walaupun tewas 2-1 tetapi berjaya menidakkan Peillat dari menjaringkan gol melalui sudut penalti. Ianya jua buat pertama kali beliau gagal menjaringkan gol dalam kejohanan tersebut.
Kegagalan Peillat berterusan selepas itu bila gagal menjaringkan gol difinal ketika menentang Netherland dan Peillat juga gagal menyerlah semasa final HWL yang diadakan di India pada December yang lepas.
Ya, pasukan MALAYSIA ada cara untuk halang Peillat.
#penanghockeyfan
#psas2018
-Penang Hockey Fan-

Post a Comment