Utusan : Malaysia Tigers tundukkan juara Sukan Olimpik 2016, Argentina 2-1

IPOH 6 Mac. - Skuad Malaysia Tigers berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Argentina dengan keputusan 2-1 sewaktu aksi Piala Sultan Azlan Shah 2018 di Stadium Hoki Azlan Shah, sini, sebentar tadi.


Gol Malaysia dalam perlawanan tersebut dijaringkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-20 dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan pada minit ke-28.


Sementara gol Argentina diperoleh menerusi Diego Paz pada minit ke-32.

Selepas ini Malaysia dijadual menentang India pada esok pukul 8.30 malam di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh.

No comments

Powered by Blogger.