Cabaran untuk Malaysian Tigers
KEJAYAAN skuad hoki bawah 18 tahun (B-18) lelaki negara layak beraksi pada Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 di Buenos Aires, Argentina seharusnya menjadi pembakar semangat kepada pasukan senior kebangsaan kendalian Stephen Van Huizen.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal mahu skuad senior mengikut jejak langkah pasukan B-18 dengan meraih tiket automatik ke Sukan Olimpik 2020 pada Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia, Ogos depan.
“Tahun ini pasukan senior akan menyertai Sukan Asia 2018, jadi saya berharap mereka melihat kejayaan adik-adik ini sebagai pembakar semangat dan motivasi dalam memastikan kita layak ke Sukan Olimpik setelah 18 tahun menghilangkan diri.
“Saya mahu para pemain senior khususnya skuad bimbingan Van Huizen memastikan perjuangan itu (layak ke Sukan Olimpik 2020) diteruskan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Subahan turut meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan skuad B-18 lelaki kendalian Wallace Tan yang layak ke YOG 2018, Oktober depan buat kali pertama selepas gagal melakukannya pada edisi 2010 di Singapura dan 2014 di Nanjing, China.
Lebih manis, skuad B-18 lelaki bukan sahaja meraih tiket automatik, malah turut muncul naib juara Kejohanan Kelayakan Asia YOG 2018 setelah tewas 1-2 menerusi penentuan penalti selepas seri 4-4 dengan India pada aksi final di Stadium Queen Sirkit, Bangkok, Thailand semalam.
Pada masa sama, Subahan juga gembira dengan prestasi skuad B-18 wanita bimbingan Yahya Atan yang meraih tempat ketiga meskipun gagal menempah slot automatik ke YOG 2018.
“Ia menunjukkan perkembangan bagus pembangunan hoki negara dan petanda positif untuk masa depan hoki Malaysia. Kedua-dua pasukan menerima cabaran ini dengan baik, bahkan membawa sikap tiada apa yang dirugikan pada kejohanan ini.
“Hasilnya, pasukan B-18 lelaki layak ke YOG 2018 dan skuad B-18 wanita pula meraih tempat ketiga. Perlu diingatkan, pemain-pemain inilah yang akan diberi pendedahan untuk bermain pada kelayakan Piala Dunia Remaja 2020 selepas ini,” jelasnya.
Skuad B-18 wanita meraih pingat gangsa selepas menewaskan gergasi Asia, Korea Selatan dengan keputusan 5-3 pada penentuan tempat ketiga dan empat semalam.

Post a Comment