Liga hoki Australia gamit Raimi
Penjaga gol muda Pulau Pinang, Muhammad Raimi Abdul Latif akan mencipta sejarah muncul pemain pertama dari Malaysia beraksi dalam saingan Liga Melville Toyota Australia yang sedang berlangsung ketika ini.
Ini selepas penjaga gol berusia 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang - Persatuan Hoki Negeri Pulau Pinang (MSSPP-PSHA) itu dilamar Kelab Hoki YMCA Coastal City (YMCC) untuk menjadi pemain sokongan kepada Tyler Lovell yang juga penjaga gol nombor dua Australia.
Ia satu pengiktirafan besar apatah lagi YMCC yang kini menghuni kedudukan ketiga saingan liga wilayah barat Australia itu turut diperkuatkan legenda Australia, Jamie Dwyer dan Eddie Ockenden.
Bakat Raimi dikesan pasukan dari Australia itu menerusi kerjasama yang terjalin dengan Kelab Hoki Wira yang berpangkalan di Pulau Pinang.
Pengurus MSSPP-PSHA, Yap Gark Soo menyuarakan rasa gembiranya dengan perkhabaran itu, namun mengakui setakat ini Raimi masih belum memutuskan bila dia akan bertolak ke sana.
"Sebenarnya YMCC sudah menghantar surat tawaran itu pada 15 Mac lalu, tetapi atas faktor komitmen bersama MSSPP-PSHA yang beraksi dalam Liga Hoki Remaja yang berakhir hari ini, Raimi terpaksa tangguhkan sementara.
"Dia memang berminat tetapi buat masa ini dia belum bertolak lagi, masih mengumpul dana bagi kos penerbangan kerana YMCC hanya menanggung semua kos perbelanjaannya di sana," kata Gark Soo.
Dia yang juga bakat kelahiran Penang Free School itu tampil cemerlang sepanjang musim ini apabila membantu MSSPP-PSHA muncul juara saingan Divisyen 2 Liga Hoki Remaja 2018 sebelum tumbang di tangan Sekolah Sukan Pahang (AHP-SSP) dalam aksi suku akhir Piala TNB, minggu lalu.
Liga Melville Toyota membabitkan 12 pasukan dari barat Australia berlangsung daripada 23 Mac hingga 22 September depan dan turut menarik penyertaan majoriti pemain kebangsaan Australia.

Post a Comment