Malaysian Tigers kalah lagi
KEMARAU kemenangan skuad hoki lelaki negara berterusan pada perlawanan ketiga siri Jelajah Argentina apabila kali ini tewas 2-7 kepada skuad pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 itu di Mar del Plata awal pagi semalam.
Ia merupakan kali kedua gawang Malaysian Tigers dibolosi lebih daripada lima gol selepas tewas 1-6 kepada Argentina kelmarin jika dibandingkan dengan kekalahan tipis 0-1 sewaktu aksi pertama pada 25 Mei lalu.
Antara punca utama kekalahan tersebut adalah disebabkan faktor gawang negara bocor seawal 90 saat perlawanan bermula selain melepaskan empat gol kepada pasukan ranking kedua dunia itu dalam tempoh 15 minit suku masa pertama permainan.
“Kami bermula sangat perlahan hingga melepaskan gol selepas 90 saat perlawanan sebelum bangkit menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian.
“Kami juga terlalu lambat untuk bangkit memberikan reaksi balas kepada pihak lawan.
“Kami ada beberapa peluang tetapi tidak dimanfaatkan termasuk pukulan sudut penalti. Permainan pada babak kedua lebih bagus dengan banyak peluang tercipta tetapi cuma mampu meledak satu gol sahaja.
“Kami perlu cepat belajar bagaimana untuk menangani kelebihan fizikal Argentina selain memenangi bola dalam situasi 50-50 kerana itulah gaya permainan pihak lawan,” kata ketua jurulatih skuad negara, Stephen Van Huizen.
Tujuh gol Argentina diperoleh menerusi Joaquin Menini seawal minit pertama dan 15, Nicolas Della Torre (m-6, m-27), Tomas Domene (m-9), Juan Gilardi (m-35) dan Pedro Ibarrra (m-37).
Muhammad Haziq Samsul dan Muhammad Azri Hassan masing-masing berjaya meledak satu gol buat skuad negara yang menghuni ranking ke-12 dunia pada minit kelima serta 45.
Malaysian Tigers akan meneruskan satu lagi aksi di Mar del Plata dan kemudiannya mengharungi baki dua perlawanan di Club Ciudad de Buenos Aires (1 dan 2 Jun) melengkapkan enam siri aksi persahabatan menentang Argentina sebelum pulang ke tanah air 4 Jun depan.
Jelajah Argentina merupakan antara persediaan skuad negara dalam misi memantapkan pasukan kerana sasaran perlu memenangi pingat emas Sukan Asia 2018 di Palembang dan Jakarta, Indonesia pada Ogos depan.

Post a Comment