Malaysian Tigress makin dinamik
MASA depan skuad hoki wanita negara dilihat cerah berdasarkan prestasi cemerlang dipamerkan tiga pemain remaja sewaktu meraih tempat keempat pada kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2018 di Bandar Donghae, Korea Selatan pertengahan bulan ini.
Tiga pemain terlibat ialah Nur Amirah Shakirah Zulkifli, 18, Nur Maizatulhanim Syafi Sheik Fuad, 17, dan Nor Asfarina Isahyifika Isahhiddun, 17.
ACT 2018 merupakan kejohanan antarabangsa yang kedua buat Amirah dan Syafi bersama Malaysian Tigress, manakala pentas di Bandar Donghae itu merupakan debut pertama Asfarina bersama skuad senior kebangsaan.
Kehadiran pemain-pemain itu dilihat hadir pada waktu tepat selepas dua tonggak senior iaitu Siti Rahmah Othman dan Norbaini Hashim memilih untuk menggantung kayu hoki secara rasmi baru-baru ini.
Ketua jurulatih skuad wanita, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui wujudnya persaingan sihat dalam pasukan dan ia memberikan petanda positif untuk masa depan pasukan kendaliannya itu.
“Sudah tentu saya berasa bimbang kerana membawa beberapa muka-muka baharu menyertai kejohanan ACT yang disertai pasukan-pasukan dalam persediaan ke Piala Dunia.
“Mereka dapat bermain dengan bagus terutama Syafi yang hampir-hampir terpilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan. Perubahan dan persaingan sihat diperlukan untuk membentuk sebuah pasukan yang mahu melakukan peningkatan drastik.
“Jika tiada persaingan, para pemain seakan-akan tidak berminat untuk bekerja keras dalam sesi latihan, ia tidak akan berlaku. Sekarang saya melihat petanda positif sedang berlaku demi masa depan skuad negara,” katanya.
Selain tiga pemain remaja, Dhaarma turut membawa dua muka baharu yang sebelum ini digugurkan daripada skuad utama disebabkan penurunan prestasi iaitu Nurul Safiqah Mat Isa dan Nur Zafirah Aziz.
Kedua-dua pemain itu dilihat menampilkan prestasi terbaik dengan Zafirah berjaya meledak satu gol sepanjang empat perlawanan di sana. - KOSMO

Post a Comment