Mirnawan puji kemampuan skuad negara

Legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, memuji kemampuan skuad kebangsaan yang baru tiba tiga hari di Buenos Aires untuk mencabar juara Sukan Olimpik, Argentina, sekali gus tewas tipis 1-0 dalam aksi persahabatan pertama.

Pemain negara masih menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu selepas tiba di Buenos Aires.

Kekalahan 1-0 boleh diterima memandangkan Argentina menurunkan skuad terbaik, termasuk penyerang, Lucas Villa dan Gonzalo Peillat.


Keputusan itu juga membuktikan jurang di antara Malaysia di ranking ke-13 dunia tidak jauh ketinggalan di belakang Argentina.

"Pujian harus diberikan kepada pasukan negara di atas kekalahan 1-0 tetapi apa yang penting, pemain negara harus memperbaiki permainan pada masa akan datang, terutama mengelak berlaku kesilapan mudah.

"Itu amat penting kerana kita mahu skuad negara dapat merealisasikan objektif utama yang dimahukan mereka dalam Jelajah Argentina ini," kata Mirnawan.

Secara keseluruhan, Malaysia akan menghadapi enam aksi persahabatan menentang pasukan di ranking kedua dunia itu dengan perlawanan kedua menyusul Ahad ini.

No comments

Powered by Blogger.