Lega akhirnya tewaskan Argentina

Skuad hoki lelaki negara akhirnya mencatat kemenangan selepas lima percubaan berdepan juara Olimpik Argentina di Buenos Aires semalam.

Jurulatih Stephen van Huizen dan anak buahnya tewas empat perlawanan pertama dengan keputusan 1-0, 6-1, 7-2, 2-1 dan seri pada perlawanan kelima 1-1, sebelum menang perlawanan keenam 2-1.

Ini adalah kemenangan kedua ke atas Argentina tahun ini, apabila Malaysia menewaskan mereka 2-1 pada peringkat kumpulan Piala Sultan Azlan Shah, namun tewas 2-3 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.


Malaysia berkunjung ke Argentina untuk mencari rakan pelatih yang kuat dalam usaha memenangi pingat emas di Sukan Asia Jakarta dan layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 namun Argentina menurunkan 10 pemain baru dan hanya lapan pemain Olimpik dalam enam perlawanan itu.

 Shahril Saabah dan Haziq Samsul masing-masing menjaringkan gol Malaysia pada minit ke-18 dan 22 manakala pemain Olimpik Pedro Ibarra menjaringkan gol pada minit ke-41.

  Van Huizen mengakui ini adalah permainan terbaik mereka dalam jelajah itu.

"Perlawanan terbaik dalam Jelajah kerana kami berusaha keras. Shahril menjaringkan gol apabila flik tinggi Razie Rahim gagal ditangkap kemas Juan Gilardi.

"Dia berlari dan segera memukul bola yang gagal diselamatkan Juan Vilvardi di gawang. Mereka terus menyerang tetapi kami berusaha keras untuk menghalang mereka dan melakukan serangan balas apabila kami menguasai permainan.

"Dalam satu lagi breakaway sebelum separuh masa pertama, Haziq meledak gol apabila bola melantun dari tiang gol.

"Mereka menyerang bertubi-tubi tetapi kami bertahan dengan baik untuk memastikan kemenangan. Saya bangga dengan pemain dan peningkatan yang ditunjukkan dalam dua perlawanan terakhir (seri dan kemudian menang).

Van Huizen mengakui tahap fizikal pemainnya jauh lebih baik berbanding Sukan Komanwel.

"Tempo permainan amat tinggi. Semua kerja keras dalam tempoh tiga minggu membantu pemain untuk beraksi sehingga akhir perlawanan."

  Malaysia perlu menewaskan Korea Selatan, Pakistan, India, Jepun dan China dalam Sukan Asia jika mahu memenangi pingat emas dan layak ke Sukan Olimpik yan kali terakhir dipertandingkan pada Sukan Olimpik Sydney 2000.

Persekutuan Hoki Asia masih belum mengeluarkan senarai kumpulan Sukan Asia namun Malaysia perlu menentang semua pasukan di atas tidak kira sama ada pada peringkat kumpulan atau kalah mati di Jakarta.

No comments

Powered by Blogger.