Saiz badan tidak jadi halangan
PERJALANAN pemain tengah skuad hoki wanita negara, Nuraini Abdul Rashid untuk dikenali sebagai salah seorang pakar flick terbaik dunia masih jauh.
Biarpun status Nuraini sebagai pakar flick negara cukup dikenali di tanah air, namun pemain berusia 28 tahun itu masih gagal membuktikan keupayaannya ketika beraksi bersama Malaysian Tigress di persada antarabangsa.
Ramai pemerhati hoki melihat saiz tubuh badan kecil Nuraini antara faktor kekurangan dia gagal menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti di pentas antarabangsa berbanding gol demi gol dijaringkannya dalam saingan tempatan.
Bagaimanapun, Nuraini tidak menganggap saiz tubuh badannya itu penghalang, sebaliknya perlu terus berusaha keras menggandakan usaha agar impiannya mengukir nama sebagai salah seorang flicker terbaik dunia tercapai pada masa depan.
“Saiz badan kecil atau besar tidak penting sebenarnya selagi pemain itu ada kelebihan (flick). Namun, saya tidak menafikan sesetengah orang menganggap pemain bertubuh kecil adalah satu kelemahan dalam sukan hoki.
“Setakat ini, saya adalah flicker yang paling kecil tetapi ia bukan penghalang. Disebabkan saiz badan kecil, saya perlu menggandakan usaha dan tidak sesekali berputus asa atau selesa dengan apa yang saya raih.
“Saya perlu pastikan sentiasa berada pada tahap terbaik setiap kali mahu melakukan flick. Pada masa sama, saya perlu tingkatkan usaha dan mencari jalan untuk menajamkan lagi sentuhan flick,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sehubungan itu, Nuraini berharap setiap flick dilakukannya menerusi pukulan sudut penalti dapat diterjemahkan kepada jaringan pada setiap perlawanan Piala Tun Abdul Razak 2017 di Kuala Lumpur dari 18 hingga 26 November ini.
Ia sekali gus dapat membantu pasukannya, Pahang mempertahankan kejuaraan dimenangi pada saingan tahun lalu menjelang edisi ke-55 ini.
Sebagai rekod, Pahang diletakkan dalam Kumpulan A dan bakal menghadapi cabaran daripada pencabar terkuat, Perak, Kuala Lumpur, Terengganu dan Indonesia yang membuat debut pertama pada kejohanan tersebut.
Saingan Kumpulan B pula terdiri daripada naib juara tahun lalu, Angkatan Tentera Malaysia, Johor, Selangor dan Melaka. KOSMO!

Post a Comment