Kegemilangan Mutiara Impian


Tahun ini merupakan antara tahun yang cukup gemilang untuk pasukan hoki Mutiara Impian didalam kejohanan hoki Liga TNB PSHA.

Setakat sekarang mereka sudahpun menakluk kategori wanita bila dua pasukan mereka yang bertanding di kategori bawah 14 tahun dan wanita terbuka telahpun menjuarai liga pada tahun ini.

Mutiara Impian juga mempunyai wakil di perlawanan akhir kategori bawah 14 dan terbuka lelaki.

Perlawanan akhir yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini akan menemukan pasukan MI dengan SMS Tun Syed Sheh Shahabudin bagi bawah 14 tahun dan pasukan The Old Frees Association untuk kategori terbuka.

Tahniha dan syabas diucapkan kepada pasukan Mutiara Impian dan semoga berjaya kepada ke semua finalist Liga Hoki TNB PSHA

No comments

Powered by Blogger.