KOSMO : Chiow Chuan bakal bimbing Indonesia
INDONESIA tidak menunggu lama apabila pantas ‘merantai’ khidmat bekas penolong jurulatih skuad hoki lelaki negara, Lim Chiow Chuan sebagai pengendali baharu pasukan lelaki republik tersebut.
Perkara itu disahkan Ketua Prestasi Pusat Persekutuan Hoki Indonesia (FHI), Deny Fahruddin menerusi laporan portal Indonesia, ANTARA News kelmarin.
Bagaimanapun, Chiow Chuan, 51, enggan terburu-buru apabila mengakui dia masih dalam perbincangan dan perlu menunggu jawapan daripada Majlis Olimpik Kebangsaan (NOC) negara jiran tersebut.
“Segalanya masih dalam perbincangan lagi tetapi kemungkinan besar ya (dilantik sebagai ketua jurulatih skuad hoki lelaki Indonesia).
“Butiran lanjut masih belum diketahui kerana sekarang sedang menunggu kelulusan daripada NOC mereka (Indonesia),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Chiow Chuan ketika ini masih berada di Jakarta, Indonesia dan difahamkan sedang berunding berhubung perkara tersebut sebelum pulang ke tanah air pada Rabu ini.
Olimpian Sukan Olimpik Barcelona 1992 itu tidak lagi terikat dengan tugasan sebagai penolong jurulatih Malaysian Tigers selepas Konfederasi Hoki Malaysia tidak melanjutkan kontraknya yang tamat pada September lalu.
Indonesia melihat anak jati Melaka itu sebagai calon paling tepat mengemudi skuad hoki lelaki mereka menghadapi Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Ogos tahun depan berdasarkan pengalaman luasnya bersama Malaysian Tigers yang dianggap salah satu kuasa besar arena hoki dunia.
Chiow Chuan dijangka memulakan tugasnya bersama Indonesia selepas berakhirnya kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) 2018 pada Februari tahun depan kerana beliau sudah mengikat kontrak mengendalikan skuad juara bertahan Divisyen Premier MHL tersebut.
Pelantikan Chiow Chuan tentunya mampu membawa perubahan drastik terhadap kemajuan hoki Indonesia kerana beliau adalah sebahagian daripada barisan kejurulatihan negara memastikan Malaysian Tigers layak automatik ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.
Ia hasil kejayaan meraih tempat keempat Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London pada Jun lalu, selain bersama-sama Malaysian Tigers muncul naib juara Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh pada Oktober lalu.
Difahamkan, selain Chiow Chuan, Indonesia juga berminat untuk menandatangani kontrak dengan seorang lagi jurulatih tanah air untuk mengendalikan skuad hoki wanita negara itu.

Post a Comment