KOSMO : THT mahu tonjol lebih ramai bakat tempatan dalam saingan musim 2018
HULU TERENGGANU - Pasukan Hoki Terengganu (THT) akan menonjolkan lebih ramai barisan atlet-atlet muda dan berbakat negeri bagi membarisi skuad tersebut sekali gus tampil dengan wajah baharu dalam saingan liga musim 2018.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat, senarai nama pemain utama yang bakal membarisi skuad hoki profesional negeri itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Pihak pengurusan merancang untuk menonjolkan atlet-atlet muda Terengganu yang berbakat bagi membarisi skuad negeri selain masih mengekalkan pemain berpengalaman seperti pasangan adik-beradik, Mohd. Fitri dan Faizal Saari.
"Anak-anak Terengganu yang mewakili pasukan pelapis negara dan sebagainya juga akan dipanggil bagi menguatkan lagi THT musim depan.
"Saya juga ingin mengingatkan, walaupun THT memilih untuk memberi keutamaan kepada pemain muda, apa yang lebih penting adalah mencapai sasaran bagi mengekalkan kejuaraan," katanya selepas merasmikan Program Khatan Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong di sini hari ini.
Tambah beliau, THT juga akan menerima kehadiran pemain import terbaik dunia dari Argentina bagi memperkuatkan lagi skuad tersebut tahun depan.
Mengulas lanjut mengenai pengurangan bajet pasukan hoki, Rozi menerangkan bahawa bajet sukan-sukan utama Terengganu seperti bola sepak, basikal serta hoki ditampung oleh tabung khas selain dana peruntukan sedia ada daripada kerajaan negeri. - K! ONLINE

Post a Comment