SH : Dharma Raj suntik elemen kepantasan

PENGENDALI skuad hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah mengakui mahu menyuntik elemen kepantasan dalam pasukannya bagi memastikan dapat bersaing dengan pasukan hebat dunia.

Menurutnya, beberapa pemain muda telah berjaya dikenal pasti memiliki kepantasan permainan dan akan diserapkan dalam pasukan negara.

“Saya memang mahu menyuntik corak kepantasan dalam permainan skuad negara kerana pasukan hebat dunia lain ada kelajuan yang baik dan mampu mendominasi permainan.


“Beberapa pemain muda juga saya nampak ada potensi yang baik, cuma mereka perlu dibentuk sebelum jadi pemain hebat.

“Saya yakin selepas ini pasukan negara juga akan mampu bersaing dengan pasukan hebat jika bakat yang ada ini diasah dengan betul," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai latihan pasukan, katanya, latihan pasukan berjalan seperti biasa dalam rangka menghadapi Sukan Komanwel di Gold Coast Australia, April tahun depan.

“Buat masa ini masih belum ada  perlawanan persahabatan yang akan diatur tetapi latihan intensif tetap berjalan seperti biasa," katanya.

Skuad wanita negara muncul antara 10 pasukan layak secara merit beraksi pada Sukan Komanwel di Gold Coast, April tahun depan.

No comments

Powered by Blogger.