Liga Hoki TNB PSHA : FINAL AKAN DIADAKAN PADA 23 DISEMBER
Perlawanan akhir Liga Hoki TNB PSHA akan diadakan pada 23 Disember nanti bertempat di Stadium Hoki USM.
Perlawanan final bawah 14 tahun diantara pasukan Mutiara Impian mementang pasukan Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin akan membuka tirai pada hari tesebut.
Final Bawah 14 ini akan berlangsung pada pukul 4.30 petang dan diikuti selepas itu dengan perlawanan untuk tempat 3/4 diantara Universiti Sains Malaysia yang akan menentang pasukan RMAF Rajawali pada jam 6.30pm.
FINAL diantara The Old Frees' Association Hockey Team dan Mutiara Impian Young Boyz akan dilangsungkan pada jam 8.30pm.
Majlis penyampaian hadiah akan diadakan selepas perlawanan berakhir dan berkemungkinan besar barisan pengurusan MHC akan turut hadir memeriahkan majlis.
Agak malang juga kerana perlawanan akhir Bawah 12 (L/P) serta Wanita terpaksa dijalankan berasingan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Post a Comment