Arena : Ayuh buru tiket Olimpik!
Sedar tidak sedar, tahun 2017 melabuhkan tirainya. Rasanya sangat pantas masa berlalu selepas arena hoki negara melalui musim yang boleh dianggap sebagai cukup cemerlang.
Baik pasukan lelaki mahupun wanita, kedua-duanya meletakkan Malaysia di tahap lebih baik dan sekarang perkembangan positif itu perlu diteruskan untuk tahun 2018.
Kedua-dua pasukan negara bakal melalui jadual cukup padat sepanjang 2018 dengan pasukan lelaki dijangka menyertai lima kejohanan utama manakala tiga bagi pasukan wanita.
Malaysian Tigers di bawah bimbingan Stephen Van Huizen akan memulakan kempen dengan menyertai Piala Sultan Azlan Shah pada Mac.
Meskipun ia sekadar kejohanan jemputan, namun pasukan yang mengambil bahagian pada edisi kali ini bukan calang-calang apabila lima daripada tujuh pasukan berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, iaitu Malaysia, India, Pakistan, Australia, England, Argentina dan Ireland, bukan calang-calang pasukan.
Ini adalah medan terbaik untuk pemain serta jurulatih kembali mencari rentak permainan selepas sekian lama berehat di pentas antarabangsa.
Sebaik berakhir kejohanan jemputan tertua dunia itu, tiada istilah rehat untuk skuad negara yang kemudian akan membuat persiapan untuk Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada April pula.
Meskipun ia bukanlah saingan yang menjadi fokus utama Malaysian Tigers, tetapi Van Huizen nampaknya sudah menyuarakan pandangan bahawa mereka tetap akan membariskan pasukan terbaik dalam temasya sukan kedua terbesar di dunia itu.
Misi paling penting untuk skuad negara seperti yang sering ditekankan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) adalah memenangi pingat emas Sukan Asia di Indonesia, sekali gus secara automatik layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Oleh kerana hanya satu tiket saja diberikan iaitu untuk pemenang pingat emas, maka skuad negara tiada pilihan lain selain perlu memenuhi sasaran itu andai mahu menjamin tempat ke Tokyo.
Meskipun tampak cukup sukar, namun sebenarnya tiada yang mustahil dan selaku pasukan kedua terbaik Asia selepas India, Malaysia sememangnya mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke pentas final. Pencapaian di Indonesia juga akan menentukan kedudukan skuad lelaki dalam Program Podium.
Malaysia juga bakal menyertai saingan Trofi Juara-Juara Asia yang dijadual berlangsung pada Oktober. Kejohanan ini sememangnya cukup bagus untuk pemanas badan menjelang saingan berperstij, Piala Dunia di Bhubaneswar, India pada Disember.
Untuk skuad wanita bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, pastinya tiga saingan iaitu Sukan Komanwel, Asia dan Trofi Juara-Juara Asia menjadi fokus utama mereka selepas gagal layak ke Piala Dunia.
Saya menjangkakan skuad wanita negara sekali lagi tidak akan mengecewakan kita, sebaliknya bakal memberi kejutan kepada pasukan lebih baik berbanding mereka.
Ayuh skuad lelaki dan wanita!
Mirnawan Nawawi

Post a Comment