Utusan : TNB perlu cukup rehat untuk berdepan KLHC hari ini
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kapten TNB, Faiz Helmi Jali menggesa rakan seperjuangannya agar berehat secukupnya bagi menghadapi Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dalam suku akhir Piala Tan Sri P. Alagendra 2018 di Bukit Jalil di sini esok.
TNB mara ke suku akhir selepas mengatasi Maybank 2-1 menerusi penalti penentuan selepas masing-masing terikat 1-1 dalam masa penuh perlawanan di pusingan 16 pasukan terakhir hari ini.
KLHC pula mendapat laluan mudah apabila lawannya Kedah menarik diri pada saat akhir, sekali gus melepasi pusingan 16 terakhir tanpa perlu berpeluh.
Susulan daripada itu, Faiz berkata, KLHC kini memiliki kelebihan dari segi tenaga menjelang pertemuan esok, lebih-lebih lagi setelah TNB kehabisan tenaga ketika menumbangkan Maybank dalam perlawanan sengit di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu.
“Kami berhempas pulas untuk menundukkan mereka. Sepatutnya kami boleh menang dalam tempoh 60 minit sebab kami banyak menguasai permainan.
“Kami ada cipta peluang namun gagal menghasilkan gol. Kiranya kami hari ini menang nasib kerana mengatasi mereka menerusi penalti penentuan.
“Kami akan meneliti video perlawanan tadi untuk mengesan kekurangan yang ada dan memperbaikinya. Kemudian kami ingin berehat secukupnya,” ujar Faiz yang menimang cahaya mata sulungnya semalam.

Post a Comment